December 30, 2011

Jubah utk Azrana Sidi...

Assalamualaikum!Apa khabar semua?Doa madam
moga semua sihat2 n ceria ya.Madam nk kongsi
dgn pembaca utk N3 kali ini ialah jubah or maxi.
Pakaian ini di tempah oleh adik madam.Aidk
madam ni namanya hampir serupa dgn madam
tapi kami bukan kembar.Hanya arwah ayah yg
nk letak nama adik madam ni hampir serupa nama
madam.Mungkin sbb tu hatinya baik spt madam...
hehehe(puji diri sendiri la pulak!)walau kami berlainan
ibu...Mmmm...dah merepek la madam ni.Ok la,jom la
kita tengok jubah yg Pn.Azrana tempah ya....





Hah!ni la jubahnya...Cantik kan!
Jubah ni agak simple jer.



Jubah/maxi ni tak ada
butang or terbelah di mana2
ya.Tapi madam telah buatkan
pleat (spt kain kipas belakang tu)
di tepi kiri n kanan bawah maxi,
supaya senang nak berjalan n ada lah
ber paten sikit.



madam suka dgn desing baju tu.
Coraknya membuat si pemakai
kelihatan langsing.



Hujung tangan maxi ni,
madam buat jahit getah.
Fesyen yg sedang meletup
sekarang ni...


Alhamdulillah,adik madam
suka.Ada lg 2 pasang jubah/maxi
yg di minta buat.Insyaallah,madam akan
buat N3 seterusnya ok!

Itu aje la utk N3 kali ini.Madam akhiri
dgn salam 1 M'sia n senyum selalu!
Nantikan N3 madam yg seterusnya ok!
Daaaaaaaaa.....

December 28, 2011

Baju pertunangan ank saudara.

Assalamualaikum n slmt sejahtera buat pembaca baru dan
pembaca setia blog madam.N3 kali ini madam nak kongsikan
hasil kerja dr Azra Fesyen.Sebenarnya madam nak tunjukkan
pakaian pertunangan ank saudara suami madam.Baju ni
terpaksa tunggu dia(ank saudara) pakai baru boleh ambil
gambar sbb ank saudara ni bertubuh kecil sangat,patung
di kedai madam tak boleh pakai!Kalau pembaca tak percaya
tengok la gambar2 di bawah nanti ya!Sekarang,majlis
pertunangan pun ada tema.Tema ank saudara ni ialah warna
gold.Hmmm...jom kita tengok......jom jom jom!



Hah!ini lah orgnya....betul tak apa yg madam
katakan....kecil ajer orgnya!Kalau org tak tau
ingat dia budak sekolah lagi...sebenarnya
umurnya dh pun 23thn!Tu la untungnya
org bertubuh kecil kan!


"Angah" nama panggilan dlm keluarga.
Angah meminta madam jahitkan baju longdress
untuk inner dan ala2 kebaya jubah di luarnya
(guna kain lace).Angah memilih gabungan
putih+gold.


Pada mulanya,angah minta madam letak kaki
kain lace di bahagian bawah baju lacenya.
Tapi madam yg cadangkan buat kaki kain lace
tu bahagian depan baju n memanjang.Kalau
ikutkan yg dia minta madam takut dia akan
kelihatan lebih pendek n pelik.


Bila buat kaki kain lace tu di bahagian depan
baju nampak la bajunya itu penuh sbb
long dressnya satin putih maka timbul bunga
bunga di kain lace itu.


mmmm...cuba senyum sikit
jgn la stress....dlm hati berdebar2 u!
hehehe....


Gambar sebelah kiri ialah sambungan
bahagian lubang lengan dan sebelah
kanan pula ialah sisi badan.Motif madam
nak tunjukkan bukan sbb badan angah ni tak
ada daging berlebih tapi nak tunjuk madam
tak jahit tepi tapi madam guna kaedah kelim
sorok utk baju lace tu.


Hah! ni madam dan anak gadis madam
bersama angah di hari bersejarahnya.
Allhamdulillah,selamat sudah ank saudara
ku ini menjadi tunangan org....doa madam
semoga angah dan tunangannya kekal dan
bahagia selamanya.Amin!

Kita tunggu hingga hari bahagia angah nanti.
Apakah desing yg nak di cuba pakai pada
hari pernikahan n persandingannya......
Kita tungggggggguuuuuuuuuu......
Ok,nampaknya hingga di sini dulu N3 madam
utk kali ini.Spt biasa madam akhiri N3 madam
dgn salam 1 Malaysia n salam syng utk semua
pembaca n follower blog madam ni.Hingga
jumpa lagi di N3 yg mendatang ya!Daaaaaaa...

December 24, 2011

Long Dress Sleaveless.

Assalamualaikum n slmt sejahtera .Apa khabar pembaca
blog madam?Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya.
Amin!Hmmm...kali ni N3 madam ni nk kongsi tentang
long dress sleaveless.Madam silap la,patutnya madam
tunjukkan dr mula proses baju ni di buat.Jadi baru la
pembaca blog madam tau macam mana nk buat buat kan?
Mmmm madam minta maaf ya,insyaallah di lain kali
madam akan ushakan ya.Ok la,jom kita tengok ya,
kali ni madam buat N3 dua pasang baju.Satu pasang
baju kebaya "lapel" dan sepasang kebaya moden.
Jom jom jom....kita tengok ya!



Ini kebaya moden.Bahagian belakang dan
depan baju.


Bahagian belakang long dress sleaveless,
madam buat kipas belakang.
Bahagian depan baju yg di buka kebayanya.


Baju kebaya moden ni di buat bentuk "V"
yg panjang hingga ke paras pinggang.






Hah! ni la baju longdress sleaveless.Bahagian
dalamnya tak kelihatan sambung di bahunya.
Untuk dapatkan begini ada caranya.Insyaallah,
di lain kali madam akan ushakan utk tunjuk
cara membuat baju ni ya.
Di sebelah kanan tu ialah bahagian lubang lengan
yg di ketiak.


Bahagian bahu bercantum
tanpa kelihatan basi kain.

Ini bahagian lapik depan badan.


Ini bahagian lapik belakang badan.


Pandangan dari bahagian
belakang badan.


Lubang ketiak,pandangan dari
bahagian dalam baju.


Ini lah kebaya lapel.Pandangan depan baju.


Untuk longdress sleaveless ini,madam buat
bahagian lehernya luas sbb bahagian luarnya
biasa2 ajer.


Ini pandangan Longdress sleaveless dari
bahagian belakang.Menggunakan zip sorok.


Madam minta maaf jika N3 madam kali ini agak
"lemau".Ntah la kenapa madam spt kekeringan
idea atau kata2 kebelakangan ini.Insyaallah,
di keluaran akan dtg madam akan ushakan N3
yg tak "lemau" ya.Ok la,madam minta izin mengundur
diri ya.Madam akhiri dgn salam 1 M'sia dan senyum
selalu ya!Daaaaaaaaaaaa....

December 21, 2011

Anank madam menyertai bengkel buat coklat!

Assalamualiakum n slmt sejahtera buat pembaca blog madam.
Moga semuanya sihat sejahtera n bahagia ya!N3 kali ini,
madam ingin berkongsi cerita tentang anak2 madam yg
telah menyertai bengkel membuat coklat.Maaf ya jika N3
kali ini tidak bercerita tentang dunia jahitan madam.
Rasanya sesekali pembaca blog madam nak juga tahukan
tentang ank2 madam.Ok la,madam nak bercerita ni.....
Pada 17hb Dec 2011(hari yg sama madam mengadakan
bengkel jahitan manik) anak2 madam(ank madam 2 org
saja,sepasang) menghadiri bengkel membuat coklat.
Sekarang kan org sana sini sibuk dgn coklat "home made".
Jadi madam telah menghantar mereka ke kelas membuat
coklat tu,kelas ni di bimbing oleh Pn.Harlina.Beliau ialah
x-student madam.Madam hanya sempat hantar jerrr,jd
tak ada lah gambar ank2 madam sedang melakukan
aktiviti membuat coklat....TAPI...gambar2 coklat yg
telah siap di buat oleh ank2 madam ada tau!.....
Ni yg madam nak ajak tengok....tengok jer nak bagi
rasa tak leh la ya!hehehehe...jom jom jom tengok!



Jeng jeng jeng!...mmmm ini lah antara hasil
kerja tangan anak2 madam.Sangat menarik!


Masa ank bawa balik n tunjuk pada madam,
madam sangat teruja n kagum sbb spt tak
percaya ! sbb comei2....


Jom la kita tengok jer ya...cuci mata!
Tiba2 madam tak tau nak berkata2 or
menyusun ayat....











Coklat yang ini berkismis.








Coklat lolipop pun ada.....

Beselerakan!


Meriah! berwarna warni!




Hah!sape ni????... Ini ialah
ank2 madam.Wajah mereka gelap
sbb baru saja kami sekeluarga
balik bercuti di PD....bahana mandi
laut...mereka kalau mandi laut sanggup
duk dlm air laut berjam2 sampai
terbakar kulit mereka....Oooppppssss!
bukan nak ceta pasal gi PD,madam
nak ceta pasal ank2 madam yg berjinak2
menjadi org bisnes!Selepas balik dari
bengkel coklat,ank2 madam bercadang
ingin menjual coklat.Mereka telah membuat
percubaan yg pertama.Mereka membuka meja
di depan kedai madam utk menjual coklat....
Alhamdulillah,ada sambutan!....Buat masa ini
madam ingin mereka lebih beri tumpuan pada
persekolahan mereka,bila cuti sekolah boleh
la mereka lakukan projek mereka ni....bisnes coklat!
Hah!itu lah yg madam nk kongsikan....cerita ank2.
Ok la,sampai sini dulu ya,kita jumpa di N3 yg lain
pula ya.Madam akhiri dgn salam 1 M'sia n senyum
selalu ya!Daaaaaaa......