July 03, 2012

2 FESYEN JUBAH.


Assalamualaikum!Apa khabar semua pembaca blog madam?Doa madam sentiasa mengharapkan kita semua dlm lindungan ALLAH selalu hendaknya.Moga semua urusan kita di permudahkan oleh NYA!   AMIN!...N3 kali ini madam sekadar nak berkongsi gambar 2 fesyen jubah ajerrrrr.....boleh ya adik manis semua!Ok,jom la kita nengok ...jom jom jommmmmm.....



 Jubah ini di tempah oleh seorang nenek(madam boleh panggil dia nenek sebab tuan punya baju ni dah berumur 70thn! Tapi nenek ni masih in fashion!


 Jubah ni berzip di dlm lipatan di depan jubah ni dan berbutang juga di depan jubah ni.Jubah ni nenek ni nak kelihatan lipat seperti kain lipat depan(atau seperti skirt yg di lipat seperti kita pakai kain batik tu!)...Madam layan kan saja....madam suka layan nenek ni sebab senang berurusan dgnnya.


 Yang penting madam tak boleh tak buatkan poket pada pakaian nenek ni,sangat penting bagi nenek ni.Katanya org tua2 ni senang kalau baju berpoket....madam layankan ajer!


 Inilah zip yang madam jahitkan di bahagian dlm lipatan di jubah ni.Tujuannya menyenangkan nenek ni memakai jubah ni.

Setelah di zipkan jubah ni baru lah di butangkan.Jadi jubah ni kelihatan lebih menarik.Nenek sangat suka dengan fesyen jubah ini!


 Ok,ni bahagian hujung tangan.nenek minta madam tambahkan hiasan manik dan labuci.Sebab tu madam katakan nenek ni masih in fashion!Kalau mak madam,tak mahunya!




 Yang ini pulak ialah jubah dari kain lycra.Fesyennya simple sahaja.
                                   Simple but nice n sweet!

                  Hanya berkedut di depan dan tangannya bergetah.


                                   Bahagian hujung tangan.
Bahagian depan baju,berbutang di dada dan berkedut di bahagian bawah dada.


 Ini sahaja yang sempat madam kongsikan.Hingga jumpa lagi!...Madam akhiri dgn salam syng,salam 1 M'sia dan senyum selalu ok!...Daaaaaaaaaaaa.............

Cara membuat "loop"@tali lubang butang

Assalamualaikum.Salam syng n salam sejahtera buat semua.....Moga semua berada dlm keadaan sihat sejahtera dan tenang selalu.Amin.Untuk N3 kali ini madam ingin berkongsi tentang bagaimana kita nak buat tali lubang butang dari kain or paiping.Nak tau tak camna?Adik manis,sudah sedia ka?Ok,jika dah bersedia jom jom jommmmmm kita mula ya!


Mula,kita gunting kain yang nak di jadikan tali.Pastikan gunting kain dalam keadaan urat kain menyerong.Spt yang madam tunjukkan,kalau tak pandai,lipat jer jadi bentuk tiga segi.Dan tanda di lipatan tu lebar 1.5"(satu setengah inci).Guntingkan di garisan tu.




Bila dah gunting,nanti jadi camni ya.


Bila kita buka lipatan jadi sebegini lak.Sebab masa gunting kain ni tadi madam lipat dua menyerong(segi tiga).



Potongkan di garisan lipatan tadi,jadi kita dapat 2 helai kain yang boleh di jadikan paiping (jika kita nak buat paiping la ya adik manis)

Kemudian,lipat sebegini.Seperti paiping yg kita beli dah siap di kedai.
Begini lah rupanya paiping yg kita buat sendiri.Jika anda nak jahit paiping di leher baju,boleh juga hanya lipat dua dan gosok,jika lipat dua bermakna paiping tu tak la terhasil seperti dlm gambar ya.Boleh terus jahit di leher baju.


Ini madam tunjuk cara nak cantum paiping.Kekadang paiping yang kita guna tiba2 tak cukup dan nak sambungkan.Sooo...gini ya caranya adik manis.Letak luar paiping bertemu luar paiping seperti dlm gambar ni.Jahit menyerong ya adik manis.Pastikan basi kedua dua helai paiping tu sama besar.


Setelah di jahit,begini lah rupanya dari depan.Basinya belum di gunting lagi.




Bila dah siap di cantumkan 2 keping paiping tu.Potong menyerong or suku inci dari tepi jahitan,seperti gambar di bawah ini.




Beginilah rupanya bila dah di gunting basi sambungan tadi.



Gosok di tempat sambungan tadi dan lipat semula.Jadikan seperti paiping biasa.Setakat ni,adik2 manis semua faham ka apa yang madam terangkan???Kalau tak faham cuba buat sambil tengok tutorial ni ya adik manis syng.

Ini tali yang di buat daripada paiping atau boleh juga guna kain.Jika nak buat guna kain,pastikan ginting kain tu menyerong ya.Sebab jika gunting kain tu lurus,3 thn cuba buat jadi tali pun tak jadi-jadi gak!Tak dapek den nak nolong!

Ok,sekarang madam nak ajar cara buat tali dari paiping or kain(buat dari kain perca pun boleh)Langkah pertama,buka paiping yg memang dah elok terlipat tu.Jika nak buat dari kain perca,pastikan gunting kain seperti yang madam terangkan dari awal2 tadi,iaitu gunting kain dgn urat kain menyerong.Kalau tak faham tengok balik gambar yg awal tadi ya adik manis.

Setelah paiping di buka,lipat dua(begitu juga jika nak buat tali butang dari kain perca,potong kain menyerong dgn lebar 1"dan lipat 2).Setelah lipat dua,jahit ya.


Opppssss!!!!!!!...masa jahit tolong pastikan ada benang yg agak panjang (lebih kurang sejengkal panjangnya,benang ni nanti kita nak guna utk terbalikkan jahitan tu).Masa mula jahit tak perlu matikan jahitan ya adik manis.
 
Ok,setelah dijahit seperti dlm gambar ni.Kita akan guntingkan basi kain tu,agak2 sama besar dgn lebar jahitan kita.
 
Gunting seperti yang madam tunjukkan ni ya.Tapi adik manis tolong jagan tergunting pulak benang yg panjang tu ya.
 
Beginalah rupanya bila dah di gunting basi jahitan.

 Sekarang madam nak tunjukkan cara nak terbalikkan kain  ni dan jadikan tali utk butang baju atau utk kegunaan lain.Cucuk benang yg berlebih tu ke jarum tangan.Dan susupkan masuk belakang jarum ke dalam lubang.Jagan susup depan jarum sbb nanti tersangkut2 n susah,lain la kalau dh betul2 pro ya.


 Susup jarum ke dlm lubang tu sampai keluar.
 
Ok,yang dalam gambar ni,madam dah susup jarum sampai keluar di lubang yang satu lagi.


Sekarang,kita mula tarik benang yg panjang tadi.Seperti dlm gambar ni kain mula termasuk sikit ke dalam lubang tadi.

Tarik hingga terkeluar seperti dalam gambar ini.Hingga habis.

Begini lah rupanya bila di selesai di terbalikkan.

                                   Lipat dua tali tadi.

Jahit ikut ukuran yg adik manis mahukan atau ikut saiz butang yg akan di gunakan nanti ya.

Jahitkan di mana bahagian yang adik manis nak letakkan.(sebenarnya ada satu lagi cara nak buat tali butang ni tapi cara yg satu lagi tu bersambung terus dgn paiping di leher jika buat tali utk butang di tengkuk belakang baju)


Beginilah rupanya bila dah siap di jahit.

Ini baju pelanggan kecil madam.Saja madam nak kongsikan dgn pembaca semua.Reben di dada tu madam buat sendiri.Insyaallah jika ada kesempatan madam akan masukkan dlm blog madam ni cara2 membuat beberapa  reben ya.Boleh la adik manis olahkan utk di letakkan pada baju anak2 adik manis.


 Ini bahagian skirtnya.Saja madam letakkan kain kosong dan jahitkan biku2 sebagai hiasan.Kain kosong tu kain dari jenis yang sama madam buat paiping dan reben di dada tu.
 

Pinggang skirt ni,madam guna getah sepenuhnya.Diatas getah tu saja madam buat seperti ropol,jadi bila si kecil ni pakai dgn masukkan baju kedalam skirt nampak lah ropol tu.


                                  Bahagian hujung skirt.



Ini lah rupanya baju ini jika di pakai sepasang dgn cara masukkan baju kedalam skirt!



Ok lah adik manis semua,utk N3 kali ini nampaknya setakat ini sahaja.Jika di izin Allah dan ada kelapangan masa,madam akan muncul di N3 yang lain pulak dan perkongsian yang lain.Sebenarnya madam ada menerima beberapa permintaan tapi jutaan maaf madam tak dapat penuhi sebab sekarang madam sangat sibuk dgn tempahan raya. Pada pembaca yg ada buat permintaan madam cuba penuhi permintaan kalian selepas raya,Insyaallah.
Madam akhiri perkongsian kali ini dgn salam sayang,salam 1 M'sia dan senyum selalu ya!Daaaaaaaa!